++Follow | Dashboard
i'm awesome ❤

ombak rindu ;)
Sunday, December 4, 2011 | 8:55 PM | 0 comments

Sini ada sinopsis dia-Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah yang hilang di lautan. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.


Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan 
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Hee ,semalam aku gi tgk ombak rindu dgn nassu .aww,superb best doe movie ni .ya Allah, Aaron Aziz sumpah sweet bhaii dalam ni ,aku nak bf macam dia lah .mwhaha.mmg penuh ah cinema time tu ,kebanyakkan yg pergi dgn couple .sini couple sana couple .jelous aku tengok.hehe.ada satu ayat yang aku suka dlm movie ni , 'cinta itu tak kejam,tapi manusia yang tak pandai menghargainya' .

OLD
i love you♔